Soalan yang selalu ditanya
Kami senaraikan jawapan ringkas & jelas untuk bantu anda buat keputusan dengan lebih yakin.
1. Berapa deposit untuk tempah pakej?
Deposit bergantung kepada jenis pakej. Biasanya sekitar Serendah RM500 seorang mengikut Terma & Syarat. Jumlah tepat akan dimaklumkan semasa perbincangan.
2. Bila perlu buat bayaran penuh?
Bayaran penuh biasanya perlu dijelaskan 30–45 hari sebelum tarikh berlepas, bergantung kepada pakej dan penerbangan.
3. Adakah pakej sesuai untuk warga emas?
Ya. Kami akan cadangkan pakej dengan itinerary lebih santai dan hotel yang selesa untuk warga emas.
4. Boleh bawa anak kecil atau bayi?
Boleh. Sila maklumkan umur anak supaya kami boleh cadangkan susunan bilik dan itinerary yang sesuai.
5. Adakah makanan halal disediakan?
Ya. Kami utamakan makanan halal atau restoran Muslim-friendly sepanjang trip.
6. Pakej ini private atau berkumpulan?
Kebanyakan pakej adalah berkumpulan. Namun, pakej private boleh diatur atas permintaan.
7. Berapa minimum bilangan peserta?
Minimum peserta bergantung kepada destinasi. Biasanya Minimum 5 orang untuk pakej berkumpulan.
8. Apa jadi kalau jumlah peserta tak mencukupi?
Kami akan maklumkan awal dan beri pilihan sama ada tukar tarikh, tukar pakej, atau refund mengikut terma.
9. Adakah tiket penerbangan termasuk?
Ya, kebanyakan pakej termasuk tiket penerbangan pergi-balik. Butiran flight akan dimaklumkan lebih awal.
10. Hotel berapa bintang?
Hotel biasanya 3–5 bintang, bergantung kepada pakej. Maklumat hotel akan dimaklumkan sebelum pengesahan.
11. Perlu urus visa sendiri?
Tidak. Kami akan uruskan visa mengikut keperluan destinasi (tertakluk kepada syarat).
12. Ada sesi taklimat sebelum berlepas?
Ya. Briefing lengkap akan diadakan sebelum perjalanan untuk terangkan itinerary dan persediaan.
13. Siapa yang akan uruskan kumpulan semasa trip?
Kumpulan akan diiringi oleh tour leader berpengalaman sepanjang perjalanan.
14. Bagaimana polisi pembatalan?
Polisi pembatalan bergantung kepada tempoh pembatalan dan kos yang telah dibayar kepada pihak ketiga (flight, hotel, visa).
15. Macam mana nak mula tempah?
Mudah sahaja — hubungi kami melalui WhatsApp, maklumkan destinasi, tarikh dan bilangan peserta.